happy


Sunday, 9 October 2011

Kelas Minggu Ketiga

Pada minggu kedua, saya masih belum  mempunyai pasangan kerja. Kemudian Puan Hafizah meminta sesiapa yang masih tidak mempunyai pasangan kerja untuk bangun dan saya mendapati beberapa orang rakan sekelas saya juga tidak mempunyai pasangan kerja. Setelah memerhatikan beberapa orang tersebut , saya mengajak Ummu Sulaim Binti Muhamad untuk menjadi pasangan kerja saya dan dia bersetuju. Setelah itu, dia memberi tunjuk ajar kepada saya berkenaan database. Saya telah mengisi maklumat di database. Tugasan yang seterusnya ialah Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) dimana saya perlu mencari maklumat berkaitan tajuk ini menggunakan enjin pencarian seperti google dan yahoo. Walaupun tugasan ini dibuat bersama pasangan kerja namun kami perlu belajar secara individu. Saya mencari maklumat tentang tajuk ini dan saya telah berkongsi maklumat tersebut ke nota di facebook untuk dibaca oleh pasangan kerja saya. Di samping itu juga kami dapat bertukar- tukar maklumat tentang tajuk ini. Setelah tugasan ini selesai dirumuskan mengikut kefahaman sendiri, saya telah memasukkan tajuk ini ke dalam google document. Google document boleh didapati apabila kita membuka google akaun iaitu gmail. Di bahagian atas gmail, terdapat perkataan dokumen dan apabila di klik perkataan itu , akan keluar dokumen kosong. Di dalam dokumen kosong itu , saya memasukkan nota berkaitan Sistem pengurusan pembelajaran. Kemudian saya telah berkongsi dokumen yang bertajuk Sistem Pengurusan Pembelajaran kepada pasangan kerja saya iaitu ummusulaimmohd@gmail.com dan juga pensyarah saya iaitu sitifatimahmy@gmail.com . Selepas itu, saya memuatturunkan dokumen tersebut ke dalam PDF. Tugasan seterusnya ialah kami bersetuju memilih tajuk E-learning and Mobile Learning. Saya tidak memahami apakah yang perlu dibuat walaupun di dalam proforma telah menerangkan dengan detail. Kemudian saya mengajak kawan saya yang turut tidak memahami tentang hal tersebut untuk bertanya kepada Puan Hafizah. Setelah itu, saya dapat fahami tentang tugasan tersebut. Dalam selang beberapa hari kemudian, pasangan kerja saya membeeritahu saya bahawa tajuk yang kami setuju pilih itu telah ditukar dan baru kami mengetahui bahawa tajuk tersebut Dr Siti Fatimah telah tetapkan. Bagi memastikan perkara itu adalah benar,saya segera membuka group ge1155-2011 dan melihat bahawa itu adalah benar di mana  tajuk yang saya pilih telah bertukar kepada 21st Century Skills.

No comments:

Post a Comment