happy


Tuesday, 11 October 2011

Kelas Minggu Keempat

Pada kelas minggu ketiga , Dr Siti Fatimah berasa kecewa dengan prestasi kami. Saya juga mengakui kesilapan tersebut dan saya berharap dapat menyiapkan tugasan yang beliau berikan tepat pada masanya. Pada minggu ini juga saya menghantar semula maklumat diri melalui email yahoo kepada Dr Siti Fatimah.Saya melakukan kesilapan ketika menghantar email kepada beliau. Saya meletakkan perkataan Assalamualaikum pada bahagian subjek dan itu adalah salah. Di bahagian subjek perlu diletakkan tajuk terhadap maklumat yang saya hantar kepada beliau. Selain itu, saya juga tidak meletakkan penutup bicara  setelah menghantar maklumat tersebut. Sebagai peringatan kepada diri saya, akhir dari ucapan yang kita beri kepada penerima email rasmi perlu meletakkan ucapan terima kasih. Inilah cara untuk kita mendidik diri belajar menggunakan bahasa rasmi dengan penuh budi bahasa tanpa menggunakan bahasa sms.  Seterusnya saya menyemak kembali tugasn- tugasan yang telah saya siapkan dan terdapat beberapa perkara saya tertinggal. Saya juga telah mencari maklumat berkaitan tugasan seterusnya iaitu 21st Century Skills. Pada awalnya tajuk ini membuatkan diri saya tidak memahami dan keliru dalam pencarian maklumat. Namun saya tetap tidak berputus asa menyiapkan tugasan ini. Setelah memperolehi pelbagai maklumat, saya telah menaipnya semula mengikut kefahaman saya dan juga telah menjadikannya sebagai dokumen PDF melalui dokumen di gmail saya. Saya turut berkongsi tugasan ini kepada ummusulaimmohd@gmail.com dan sitifatimahmy@gmail.com . Kemudian saya memuatturun dokumen Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Kemahiran Abad 21 ke fail di yahoo groups yang telah saya cipta. Di facebook group pula, saya telah memasukkan dua tugasan ini di bahagian membuat dokumen. Selain itu, saya  juga membuat tugasan - tugasan yang lalu antaranya memperkenalkan diri saya kepada Dr. Siti Fatimah di wall facebook beliau dan alhamdulillah saya mendapat maklumbalas yang penuh dengan motivasi. Saya juga telah menjemput rakan sekelas untuk menyertai yahoo groups dan terdapat beberapa rakan sahaja yang memberi respon. Di facebook group saya telah memberitahu alamat facebook group pasangan kerja saya.

No comments:

Post a Comment