Assalamualaikum. Saya Siti Khairunisa Binti Jasmani dan mengambil program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan. Pada 22 September 2011, bermula kelas Komputer Dalam Pendidikan yang bertempat di Makmal 3 tepat pukul 9 pagi. Nama pensyarah yang mengajar saya ialah Dr Siti Fatimah Mohd Yassin.
Pada minggu pertama ini, saya mendaftar email rasmi, antaranya ialah akaun yahoo dan akaun google. Saya telah mempunyai email yahoo dan menggunakannya untuk kursus ini. Kemudian saya perlu klik ke email option di email yahoo untuk mengedit signature.
Di bahagian signature , saya perlu meletakkan nama penuh , program dan institusi.
Setelah selesai mengedit signature , saya klik ke simpan perubahan dan seterusnya pergi ke akaun yahoo email untuk memastikan nama apabila saya menghantar email adalah nama penuh saya bukan nama samaran.
Saya menghantar email kepada ge1155@yahoo.com iaitu email Dr Siti Fatimah Mohd Yassin.
Saya juga mendaftar ke akaun google, dan saya mengisi borang pendaftaran akaun google. Email google rasmi saya ialah sitikhairunisa91@gmail.com.
Saya mendaftar akaun facebook rasmi, namun saya telah mengunakan akaun facebook yang telah sedia ada. Saya menambah rakan- rakan sekelas saya ke dalam facebook saya dan juga pensyarah saya (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin). Saya juga memperkenalkan diri kepada Dr Siti Fatimah dan mengharapkan agar saya dapat menyiapkan tugasan yang Dr berikan tepat pada masanya dan mengikut proforma.
Saya juga mengedit setting di akaun facebook dan meletakkan nama penuh pada user name dan mengambil alamat facebook untuk di tambah ke email signature.
Saya perlu menyertai komputer dalam pendidikan di yahoo groups. Saya mencari alamat yang terdapat di proforma dan berjaya menyertai ge1155-2011 Komputer Dalam Pendidikan group. Saya juga menghantar email ke ge1155-2011@yahoogroups.com untuk menyatakan pendapat saya tentang perbezaan group dan email. Dan ini merupakan kali pertama saya terfikir apa perbezaan di antara dua ini, dan ini sedikit sebanyak membuatkan saya teruja untuk mendalami ilmu komputer. Saya juga membuat yahoo group sendiri dan mandaftar menggunakan email yahoo yang telah sedia ada.
Saya meletakkan nombor kad matrik , kumpulan , dan nama penuh dan program sebagai nama group. Untuk membuat yahoo group, saya perlu memilih group computer and internet dan seterusnya memilih subgroup iaitu education. Saya melengkapkan profile dan meletakkan gambar di group tersebut dan menetapkan group tersebut sebagai tertutup. Selepas itu saya menjemput rakan- rakan sekelas dan Dr Siti Fatimah untuk menjadi rakan yahoo group saya. Saya juga mengambil url link bagi yahoogroup saya untuk ditambah ke email signature. Seterusnya saya juga mencipta facebook group dengan menetapkan di bahagian nama kumpulan adalah nama saya, program, nombor kad matrik dan juga kumpulan kelas. Saya turut menjemput rakan- rakan sekelas untuk menyertai facebook group saya ini dan termasuklah Dr Siti Fatimah. Seperti yahoo group,saya juga perlu mengambil url link facebook group saya tetapi terlebih dahulu saya perlu pergi ke edit group dan menetapkan email bagi facebook group saya. Tugasan ketiga, saya perlu mencipta blog menggunakan akaun google. blog perlu di cipta dengan mengisi serba sedikit maklumat termasuklah meletakkan gambar agar dapat dikenali oleh rakan- rakan. Setelah mengikut langkah- langkah mencipta blog, saya memulakan tugasan biasa dengan meletakkan nama penuh,prorgam, nombor kad matrik dan kelas. Saya juga mengambil url blog untuk ditambah ke email signature. Selesai mencipta akaun dan group, saya terlebih dahulu perlu memastikan signature pada email yahoo lengkap dengan butiran- butiran seperti nama penuh, program, institusi, alamat email yahoo, gmail, facebook, facebook group, yahoo group, dan blog. Setelah semua yang diperlukan itu lengkap, saya menghantar email ke Dr Siti Fatimah.




No comments:
Post a Comment