happy


Tuesday, 11 October 2011

21st Century Skill

Dalam dunia serba canggih, sistem pendidikan kita telah berubah mengikut zaman
yang selari dengan misi masyarakatnya iaitu penyediaan pelajar untuk belajar lebih
daripada ruang bilik darjah. Oleh itu, kemahiran dan pembelajaran yang selari dengan
perubahan ekonomi dan global, dan menyebabkan kemahiran abad 21 dibentuk.

Jenis Kemahiran:

1. Kemahiran inovasi dan pembelajaran

○ Termasuklah:
· Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
· Komunikasi dan kerjasama
· Kreativiti dan inovasi dalam penciptaan
○ Membuat penilaian yan bermakna
○ Aktiviti- aktiviti yang menggalakkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi
○ Pelajar perlu mengamalkan beberapa cara untuk ke arah pemikiran yang
lebih tinggi:
· Bertanya dan menjawab soalan- soalan penting
· Mengkaji secara kritis apa yang di persoalankan oleh seseorang
tentang subjek berkenaan
· Berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah
· Bekerja dengan orang lain dalam pembelajaran
○ Kewujudan pengetahuan baru dan inovasi dapat membina dunia yang
lebih baik
○ Mengadakan aktiviti – aktiviti pembelajaran dan projek – projek untuk
meningkatkan keberkesanan dalam hasil pembelajaran.

2. Kemahiran literasi digital

○ Ini termasuklah:
· Literasi maklumat
· Literasi media
· Literasi ICT
○ Pelajar belajar membaca secara kritikal , menulis dengan penuh yakin,
berfikir dan mencari punca masalah secara logic, dan menyelesaikan
masalah yang kompleks dalam sains dan matematik
○ Pendedahan World Wide Web dan penumpuan terhadap video , suara,
dan data ke dalam format digital biasa meningkatkan penggunaan
imaginasi secara drastik.
○ Pelajar mampu mentafsir sesuatu menggunakan imaginasi dalam
konsep digital.
○ Pembentukan budaya yang ditubuhkan adalah normal dalam masyarakat
teknologi iaitu reality maya.
○ Teknologi digunakan di dalam kelas sebagai cara pengajaran tambahan
daripada buku teks
○ Pelajar dapat memberi tindak balas ketika mengajar , menangani
pelbagai gaya pembelajaran dan membantu membina strategi pelajar.
○ Teknologi ICT juga dapat mengukuhkan konsep utama pembelajaran
dan menyelitkan sedikit permainan interaktif ke dalam sesuatu subjek bagi
mengelakkan pelajar tidak hilang tumpuan.

3. Kemahiran hidup dan kerjaya

○ Ini termasuklah:
· Keupayaan menyesuaikan diri
· Komunikasi social dan interaksi silang budaya
· Kepimpinan dan tanggungjawab
○ Keupayaan bekerja secara berkesan dan kreatif dengan ahli kumpulan
atau rakan- rakan sekelas tanpa mengira perbezaan budaya dan gaya
sangat penting pada zaman ini.
○ Pada masa akan datang kepimpinan dan tanggungjawab amat penting
○ Tanggungjawab guru ialah mengajar penuntut dan memastikan etika
kerja mereka sentiasa kukuh . Ini dapat membantu mereka Berjaya dalam
pasaran kerja dan mempelajari pelbagai kemahiran.

Kebaikan


1. Pelajar belajar pelbagai kemahiran sepanjang hayat dengan cara yang sahih dan
bermakna

○ Latihan yang diberikan oleh guru adalah mencabar
○ Diajar secara serentak
○ Kemahiran bahasa yang mudah difahami

2. Bahasa

○ Bahasa tersebut dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka
○ Menggunakan hujah dan menyelesaika masalah kemahiran dengan
tahap pemikiran yang lebih tinggi.

3. Akademik

○ Pelbagai jenis pengetahuan yang diperolehi dari kemahiran- kemahiran
tersebut
○ Pelajar dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam situasi
sebenar dengan memahami dan menyelesaikan tersebut.
4. Kurikulum
○ membolehkan minat peribadi murid – murid dibawa masuk ke dalam bilik
darjah
○ menyiapkan tugasan menggunakan Powerpoint dan membina keyakinan
pelajar tersebut.

Cabaran

1. Sekolah tidak mempunyai kelengkapan yang cukup

○ makmal komputer hanya dibina tetapi di dalamnya tiada komputer.
○ sekolah tidak ambil berat tentang kemahiran ICT tersebut

2. Guru tidak mengambil inisiatif

○ mengajar hanya di dalam kelas
○ mengajar menggunakan buku teks dalam semua silibus
○ tidak membawa pelajar-pelajar ke makmal komputer yang sedia ada.

3. Pelajar menyalahgunakan komputer yang diberikan secara percuma

○ pelajar tidak mencuba meneroka kegunaan komputer tersebut malah
lebih menghabiskan masa dengan laman sosial sepertii facebook dan
twitter.
○ tidak mencuba menambahkan bahan belajar melalui enjin carian seperti
google dan yahoo.

Kesimpulan

Pembelajaran menggunakan teknologi ICT adalah satu keperluan yang sangat
diperlukan selari dengan dunia yang kian berrtambah maju. Namun dengan kemahiran
teknologi sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan pelajar – pelajar yang mempunyai
kemahiran abad 21 ini. Ini kerana pelajar perlu didedahkan dengan semua kemahiran
penting pada abad 21.

Rujukan

http://www.adap.com.my/info.php?id=448
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-pendidikan
http://www.tonybates.ca/2009/06/24/e-learning-and-21st-century-skills-and-competences//9779-
ict-pupuk-kemahiran-abad-ke-21.html
http://edtechdigest.wordpress.com/2010/09/06/6-reasons-why-students-need-21st-centuryskills/
http://www.ciatraining.co.uk/functional_skills.php?gclid=CIWOtNLc2qsCFQl76wodE11QOg
http://blog.imls.gov/?p=337
http://www.ehow.com/list_6593189_teacher-skills-21st-century.html
http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20110930-
302336.html

No comments:

Post a Comment