happy


Wednesday, 19 October 2011

Minggu Keenam

Pada minggu keenam ini, tugasan seterusnya ialah membuat soalan berkenaan tajuk saya sendiri iaitu 21st Century Skill. Pada permulaan tugasan, saya membaca beberapa laman yang telah diberikan dalam profoma  tentang panduan membuat soal selidik. Antaranya ialah:

http://www.statpac.com/surveys/%C2%A0


http://ww.surveysystem.com/sdesign.htm%C2%A0


Setelah itu saya perlu memahami teknik atau cara untuk membuat soalan. Di dalam ini terdapat beberapa langkah untuk saya membuat soalan. Dan langkah- langkah ini boleh didapati di laman tersebut.



Seterusnya saya membaca beberapa laman tentang survey monkey. Terdapat laman yang juga menyediakan panduan menggunakan survey monkey. Ini amat diperlukan bagi seorang pelajar seperti saya yang baru untuk menggunakannya. Ini ialah laman web yang telah membantu saya menggunakam survey monkey









Langkah pertama ialah saya mendaftar survey monkey dan berdasarkan panduan manual yang telah diberikan iaitu panduan yang di atas itu.


Maklumat yang diperlukan untuk mendaftar survey monkey ialah nama , kata laluan dan email yang digunakan.




Langkah kedua ialah saya membuat survey yang baru dengan tajuk yang saya ambil iaitu 21st Century Skill.




Langkah yang ketiga ialah saya membuat 10 soalan yang berkaitan tajuk saya itu .


Setelah selesai membuat 10 soalan itu, saya mengambil link yang telah diberi itu untuk diletakkan di facebook group Ummu Sulaim sebagai mediam untuk perbincangan atau pun untuk mendapatkan tindak balas dari rakan - rakan tentang soal selidik ini. Saya dan pasangan kerja sya juga telah meletakkan link survey monkey ini ke setiap facebook group rakan bagi memudahkan mereka menjawab dan memberi komen.

http://www.surveymonkey.com/s/M76WQ66


 Setelah selesai mendapatkan pendapat dan komen dari rakan- rakan , saya dan pasangan kerja saya mula membuat soal selidik menggunakan dokumen google. Langkah pertama, saya membuka gmail dengan menggunakan email dan kata laluan. Langkah kedua saya, saya pergi ke dokumen di laman gmail.



Langkah kedua, saya membuat dokumen yang baru dalam bentuk form untuk soal selidik ini. 


Langkah ketiga, saya juga memilih salah satu tema untuk menjadi background soal selidik saya. Terdapat pelbagai tema yang menarik terdapat di dokumen google. 


Langkah keempat, saya mempelbagaikan bentuk jawapan bagi setiap soalan soal selidik. 


Contoh yang pertama ialah jawapan jenis checkboxes.


Contoh yang kedua ialah jawapan jenis berskala. 


Contoh yang ketiga ialah jawapan jenis multiple choice.


Selepas sahaja selesai membuat soalan untuk soal selidik itu, pasangan kerja saya telah meletakkan pautan soal selidik ini di facebook group dia. Dan soal selidik akan dibincangkan di  ruangan facebook group pasangan kerja saya.


Setelah itu, pasangan kerja saya telah memasukkan beberapa pautan di Ge1155 yahoo group. Langkah pertama, saya perlu daftar masuk ke yahoo group dan pergi ke GE1155 untuk meletakkan pautan soal selidik kami ini. Saya pergi ke Link dan seterusnya mengklik fail Assignment 5: Mini Research




Langkah kedua pula, saya membuka fail yang bertajuk 21st  Century skill. Di dalam fail ini terdapat nama - nama pasangan yang membuat soal selidik tajuk yang sama tetapi dari kumpulan yang berbeza. Saya dan pasangan kerja saya mengisi nama kami berdua di dalam fail ini.


Langkah seterusnya ialah memasukkan pautan - pautan yang diperlukan iaitu survey monkey dan dokumen google.



Tuesday, 18 October 2011

Kelas Minggu Kelima

Tugasan 4 pula ialah  mengambil beberapa bahan secara online.

A. 2 jurnal dari langganan UKM database. langkah- langkah untuk mencari ialah:  

1.http://www.ezplib.ukm.my/login


2. Menggunakan barkod yang terdapat di kad matrik saya sebagai user ID dan kata laluan menggunakan kata laluan SMP web.


 3. Terdapat ukm database dan juga klik pada tajuk education/ psycology.


4. terdapat beberapa jenis jurnal boleh didapati. antaranya ialah:



5. Ini adalah tempat permulaan saya mencari jurnal dimana saya perlu menaip tajuk saya di bahagian tertentu:


6.Ini adalah jurnal pertama yang saya perolehi dari UKM Jurnal dan saya mengambilnya di Cambridge Jurnal


7. Ini adalah jurnal ke-2 yang saya ambil dari Taylor and Francis Online.

http://www.tandfonline.com.www.ezplib.ukm.my/doi/full/10.1080/03098770500103598



B. Selain itu, saya perlu mencari satu artikel dari google scholar. Langkah- langkah pencarian adalah seperti berikut:

1. Sebagai jalan mudah, saya hanya menaip google scholar di enjin pencarian dan kemudian menaip tajuk yang berkaitan iaitu 21st Century Skill di enjin pencarian Google Scholar.


2. Ini adalah artikel yang saya perolehi dari google scholar

    http://www.jstor.org/pss/27652741


3. saya telah berkongsi  artikel ini di facebook group saya.

C. Saya perlu mencari sebuah buku dari google book untuk dijadikan rujukan. Langkah- langkah perncarian adalah seperti berikut:

1. Sebagai jalan mudah juga, saya menaip Google Book di enjin pencarian dan setelah itu menaip pula tajuk buku yang ingin dicari iaitu 21st Century Skill.

2. Ini adalah buku yang saya pilih di dalam google book sebagai rujukan saya.


http://books.google.com.my/books?id=VUrAvc8OB1YC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false

3. Saya telah berkongsikan buku ini di facebook group saya.



4. Saya juga telah membuat penambahan dengan memilih satu lagi buku dari google book

http://books.google.com.my/books?id=vb_a-sbYh9QC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=



5. Saya turut berkongsi buku ini di facebook group saya.


D. Kemudian saya perlu membuat laporan berdasarkann bahan- bahan rujukan yang saya perolehi itu tetapi saya  perlu mengetahui teknik untuk membuat laporan. Saya mencari pengetahuan itu di beberapa link antaranya ialah :
1. http://www.gwu.edu/~litrev/

Tuesday, 11 October 2011

21st Century Skill

Dalam dunia serba canggih, sistem pendidikan kita telah berubah mengikut zaman
yang selari dengan misi masyarakatnya iaitu penyediaan pelajar untuk belajar lebih
daripada ruang bilik darjah. Oleh itu, kemahiran dan pembelajaran yang selari dengan
perubahan ekonomi dan global, dan menyebabkan kemahiran abad 21 dibentuk.

Jenis Kemahiran:

1. Kemahiran inovasi dan pembelajaran

○ Termasuklah:
· Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
· Komunikasi dan kerjasama
· Kreativiti dan inovasi dalam penciptaan
○ Membuat penilaian yan bermakna
○ Aktiviti- aktiviti yang menggalakkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi
○ Pelajar perlu mengamalkan beberapa cara untuk ke arah pemikiran yang
lebih tinggi:
· Bertanya dan menjawab soalan- soalan penting
· Mengkaji secara kritis apa yang di persoalankan oleh seseorang
tentang subjek berkenaan
· Berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah
· Bekerja dengan orang lain dalam pembelajaran
○ Kewujudan pengetahuan baru dan inovasi dapat membina dunia yang
lebih baik
○ Mengadakan aktiviti – aktiviti pembelajaran dan projek – projek untuk
meningkatkan keberkesanan dalam hasil pembelajaran.

2. Kemahiran literasi digital

○ Ini termasuklah:
· Literasi maklumat
· Literasi media
· Literasi ICT
○ Pelajar belajar membaca secara kritikal , menulis dengan penuh yakin,
berfikir dan mencari punca masalah secara logic, dan menyelesaikan
masalah yang kompleks dalam sains dan matematik
○ Pendedahan World Wide Web dan penumpuan terhadap video , suara,
dan data ke dalam format digital biasa meningkatkan penggunaan
imaginasi secara drastik.
○ Pelajar mampu mentafsir sesuatu menggunakan imaginasi dalam
konsep digital.
○ Pembentukan budaya yang ditubuhkan adalah normal dalam masyarakat
teknologi iaitu reality maya.
○ Teknologi digunakan di dalam kelas sebagai cara pengajaran tambahan
daripada buku teks
○ Pelajar dapat memberi tindak balas ketika mengajar , menangani
pelbagai gaya pembelajaran dan membantu membina strategi pelajar.
○ Teknologi ICT juga dapat mengukuhkan konsep utama pembelajaran
dan menyelitkan sedikit permainan interaktif ke dalam sesuatu subjek bagi
mengelakkan pelajar tidak hilang tumpuan.

3. Kemahiran hidup dan kerjaya

○ Ini termasuklah:
· Keupayaan menyesuaikan diri
· Komunikasi social dan interaksi silang budaya
· Kepimpinan dan tanggungjawab
○ Keupayaan bekerja secara berkesan dan kreatif dengan ahli kumpulan
atau rakan- rakan sekelas tanpa mengira perbezaan budaya dan gaya
sangat penting pada zaman ini.
○ Pada masa akan datang kepimpinan dan tanggungjawab amat penting
○ Tanggungjawab guru ialah mengajar penuntut dan memastikan etika
kerja mereka sentiasa kukuh . Ini dapat membantu mereka Berjaya dalam
pasaran kerja dan mempelajari pelbagai kemahiran.

Kebaikan


1. Pelajar belajar pelbagai kemahiran sepanjang hayat dengan cara yang sahih dan
bermakna

○ Latihan yang diberikan oleh guru adalah mencabar
○ Diajar secara serentak
○ Kemahiran bahasa yang mudah difahami

2. Bahasa

○ Bahasa tersebut dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka
○ Menggunakan hujah dan menyelesaika masalah kemahiran dengan
tahap pemikiran yang lebih tinggi.

3. Akademik

○ Pelbagai jenis pengetahuan yang diperolehi dari kemahiran- kemahiran
tersebut
○ Pelajar dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam situasi
sebenar dengan memahami dan menyelesaikan tersebut.
4. Kurikulum
○ membolehkan minat peribadi murid – murid dibawa masuk ke dalam bilik
darjah
○ menyiapkan tugasan menggunakan Powerpoint dan membina keyakinan
pelajar tersebut.

Cabaran

1. Sekolah tidak mempunyai kelengkapan yang cukup

○ makmal komputer hanya dibina tetapi di dalamnya tiada komputer.
○ sekolah tidak ambil berat tentang kemahiran ICT tersebut

2. Guru tidak mengambil inisiatif

○ mengajar hanya di dalam kelas
○ mengajar menggunakan buku teks dalam semua silibus
○ tidak membawa pelajar-pelajar ke makmal komputer yang sedia ada.

3. Pelajar menyalahgunakan komputer yang diberikan secara percuma

○ pelajar tidak mencuba meneroka kegunaan komputer tersebut malah
lebih menghabiskan masa dengan laman sosial sepertii facebook dan
twitter.
○ tidak mencuba menambahkan bahan belajar melalui enjin carian seperti
google dan yahoo.

Kesimpulan

Pembelajaran menggunakan teknologi ICT adalah satu keperluan yang sangat
diperlukan selari dengan dunia yang kian berrtambah maju. Namun dengan kemahiran
teknologi sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan pelajar – pelajar yang mempunyai
kemahiran abad 21 ini. Ini kerana pelajar perlu didedahkan dengan semua kemahiran
penting pada abad 21.

Rujukan

http://www.adap.com.my/info.php?id=448
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-pendidikan
http://www.tonybates.ca/2009/06/24/e-learning-and-21st-century-skills-and-competences//9779-
ict-pupuk-kemahiran-abad-ke-21.html
http://edtechdigest.wordpress.com/2010/09/06/6-reasons-why-students-need-21st-centuryskills/
http://www.ciatraining.co.uk/functional_skills.php?gclid=CIWOtNLc2qsCFQl76wodE11QOg
http://blog.imls.gov/?p=337
http://www.ehow.com/list_6593189_teacher-skills-21st-century.html
http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20110930-
302336.html

Kelas Minggu Keempat

Pada kelas minggu ketiga , Dr Siti Fatimah berasa kecewa dengan prestasi kami. Saya juga mengakui kesilapan tersebut dan saya berharap dapat menyiapkan tugasan yang beliau berikan tepat pada masanya. Pada minggu ini juga saya menghantar semula maklumat diri melalui email yahoo kepada Dr Siti Fatimah.Saya melakukan kesilapan ketika menghantar email kepada beliau. Saya meletakkan perkataan Assalamualaikum pada bahagian subjek dan itu adalah salah. Di bahagian subjek perlu diletakkan tajuk terhadap maklumat yang saya hantar kepada beliau. Selain itu, saya juga tidak meletakkan penutup bicara  setelah menghantar maklumat tersebut. Sebagai peringatan kepada diri saya, akhir dari ucapan yang kita beri kepada penerima email rasmi perlu meletakkan ucapan terima kasih. Inilah cara untuk kita mendidik diri belajar menggunakan bahasa rasmi dengan penuh budi bahasa tanpa menggunakan bahasa sms.  Seterusnya saya menyemak kembali tugasn- tugasan yang telah saya siapkan dan terdapat beberapa perkara saya tertinggal. Saya juga telah mencari maklumat berkaitan tugasan seterusnya iaitu 21st Century Skills. Pada awalnya tajuk ini membuatkan diri saya tidak memahami dan keliru dalam pencarian maklumat. Namun saya tetap tidak berputus asa menyiapkan tugasan ini. Setelah memperolehi pelbagai maklumat, saya telah menaipnya semula mengikut kefahaman saya dan juga telah menjadikannya sebagai dokumen PDF melalui dokumen di gmail saya. Saya turut berkongsi tugasan ini kepada ummusulaimmohd@gmail.com dan sitifatimahmy@gmail.com . Kemudian saya memuatturun dokumen Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Kemahiran Abad 21 ke fail di yahoo groups yang telah saya cipta. Di facebook group pula, saya telah memasukkan dua tugasan ini di bahagian membuat dokumen. Selain itu, saya  juga membuat tugasan - tugasan yang lalu antaranya memperkenalkan diri saya kepada Dr. Siti Fatimah di wall facebook beliau dan alhamdulillah saya mendapat maklumbalas yang penuh dengan motivasi. Saya juga telah menjemput rakan sekelas untuk menyertai yahoo groups dan terdapat beberapa rakan sahaja yang memberi respon. Di facebook group saya telah memberitahu alamat facebook group pasangan kerja saya.

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)

Apakah yang dimaksudkan dengan SPP?
1. Merupakan sebuah aplikasi perisian untuk
· Pentadbiran
· Dokumentasi
· Melaporkan program- program latihan
· Peristiwa dalam talian
· Program e- Pembelajaran
· Kandungan latihan
2. Satu sistem yang diketuai dan ditadbir oleh pengajar atau pensyarah
3. Sistem ini juga memantau kemajuan pelajar
· Memantau keberkesanan pendidikan atau latihan organisasi
4. Suatu kemudahan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi
meningkatkan tahap pembelajaran iaitu e- Pembelajaran.
Kenapa SPP perlu digunakan?
- digunakan secara layan diri iaitu perkhidmatan sendiri secara bersepadu
- menyampaikan kandungan pembelajaran secara cepat
- mudah alih sokongan dan standard
- kandungan dapat disesuaikan dan pengetahuan yang diperolehi dapat digunakan
semula.
- E-pembelajaran boleh didapati dalam satu portal
- Kursus yang diletakkan di dalam SPP adalah terkini dan boleh diperolehi oleh semua
pelajar pada bila- bila masa.
- Setiap pelajar disediakan satu rekod pembelajaran sepanjang pengajian apabila IPTA
tersebut menggunakan SPP.
- Di dalam spin UKM terdapat senarai kursus yang ditawarkan , kursus yang diambil,
pendaftaran kursus, pengguguran dan penambahan kursus dan sebagainya.\
Bagaimanakah SPP tercipta?
- Dibina menggunakan pelbagai platform pembangunan seperti:
· Java
· Microsoft.NET
· PHP
- Menggunakan pangkalan data seperti:
· MySQL
· Microsoft SQL server
· Oracle’
Ciri- ciri SPP:
1. Log masuk ke laman SPP menggunakan nombor matrik pelajar dan kata laluan
2. Biodata pelajar termasuklah gambar pelajar
3. Kalendar
4. Pencarian untuk kursus
5. Pengumuman oleh pensyarah tentang sebarang maklumat kepada pelajar seperti
pembelian buku rujukan, profoma kursus dan sebagainya.
6. Nota kuliah mengikut kursus yang diambil
Kelebihan SPP:
1. Berpusatkan persekitaran pembelajaran
- SPP mengandungi kandungan latihan , penambahan kandungan dan
prestasi individu yang boleh di buka pada bila- bila masa dan di mana sahaja.
2. Laporan peningkatan prestasi pelajar
- Pelajar boleh melihat laluan pembelajaran , rekod kejayaan , dan mendaftar
untuk kursus tambahan
- Pelajar juga dapat melihat dan memilih kursus yang ditawarkan oleh fakulti,
luar dari fakulti dan sebagainya.
3. Penilaian keupayaan pelajar
- Pensyarah boleh menyemak rekod – rekod keputusan bagi menetukan
tahap kejayaan dan masa sebenar yang diambil untuk menyiapkan
tugasan.
4. Latihan yang sentiasa konsisten
- Membekalkan sumber- sumber untuk kandungan nota, bahan- bahan
berkaitan dengan tugasan.
5. Pembelajaran dapat ditingkatkan
- Pelajar dapat belajar dengan cepat kerana nota- nota boleh diambil dari e-
Pembelajaran
- Nota-nota tersebut memudahkan pelajar mencari nota tambahan dengan
segera
6. Kos rendah
- Mengurangkan perjalanan dalam menyelesaikan sesuatu urusan yang
berkaitan kursus
- Kemudahan secara pantas
- Penyampaian tugasan oleh pelajar tepat pada masanya.
Sumber Perisian Terbuka SPP
1. OLAT
- Sumber terbuka dan percuma
- Mengarang alat untuk HTML
- Fleksibel dan digunakan secara intuitif
- Konfigurasi amat fleksibel
2. Moodle http://en.wikipedia.org/wiki/Moodle
- Medium untuk komunikasi dalam komuniti , berkongsi bahan pengajaran, kuiz dan
sebagainya.
- Digunakan dalam pelbagai aplikasi pendidikan
- Sesuai dijadikan pendekatan pengajaran yang melibatkan interaksi antara pengguna
dan nota kursus.
- Boleh berkomunikasi dengan pelajar secara efektif dalam sistem pendidikan
3. Docebo http://en.wikipedia.org/wiki/DoceboLMS
-Menawarkan sokongan untuk beberapa model pembelajaran yang berbeza
dan serasi
4. eFront http://en.wikipedia.org/wiki/EFront_(eLearning_software)
- versi komersial dengan ciri – ciri tambahan juga disediakan
5. ILIAS http://en.wikipedia.org/wiki/ILIAS
- Menyediakan alat ujian dan penilaian serta alat kerjasama seperti chat dan
forum dan teknologi pengedaran seperti RSS dan podcast
6. Sakai http://en.wikipedia.org/wiki/Sakai_Project
- Mempunyai hala tuju yang jelas
- Disokong oleh Yayasan Sakai
- Menguruskan hubungan antara penyokong pendidikan dan perdagangan
7. LRN
- Dibangunkan di MIT
- Digunakan secara meluas dalam SPP
8. Ganesha
- Dibangunkan oleh Anema
- Wujud sejak tahun 2001
- Digunakan dalam beberapa pertubuhan yang besar
- SPP dalam bahasa perancis tetapi boleh diterjemahkan
Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_free_and_open_source_software_packages
http://cetl.ucdavis.edu/learning-analytics
http://www.springerlink.com/content/r1ur45g5t3225553/
http://eprints.utm.my/10592/1/
PEMBANGUNAN_PANDUAN_PENGGUNAAN_SISTEM_MOODLE_UNTUK_PENDIDI
K_MELALUI_PENDEKATAN_VIDEO_INTERAKTIF_DAN_PEMBELAJARAN.pdf
http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=960
http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/excelmodul.pdf
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/03/kepentingan-teknologi-maklumat-ict.html
http://www.educause.edu/EDUCAUSE+Quarterly/EDUCAUSEQuarterlyMagazineVolum/
OpenSourceSoftwareinEducation/162873
http://www.e-learningconsulting.com/products/learning-management-system.html
http://www.infinit-i.net/articles/Why_Companies_Need_Learning_Management_System.htm
http://www.kalliance.com/articles/advantages-of-learning-management-systems.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Learning_management_system
http://www.microburstlearning.com/articles/
Five%20Advantages%20of%20Using%20a%20Learning%20Management%20System.p
df
http://www.eleapsoftware.com/course-management-system/course-managementsystem.
html

Sunday, 9 October 2011

Kelas Minggu Ketiga

Pada minggu kedua, saya masih belum  mempunyai pasangan kerja. Kemudian Puan Hafizah meminta sesiapa yang masih tidak mempunyai pasangan kerja untuk bangun dan saya mendapati beberapa orang rakan sekelas saya juga tidak mempunyai pasangan kerja. Setelah memerhatikan beberapa orang tersebut , saya mengajak Ummu Sulaim Binti Muhamad untuk menjadi pasangan kerja saya dan dia bersetuju. Setelah itu, dia memberi tunjuk ajar kepada saya berkenaan database. Saya telah mengisi maklumat di database. Tugasan yang seterusnya ialah Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) dimana saya perlu mencari maklumat berkaitan tajuk ini menggunakan enjin pencarian seperti google dan yahoo. Walaupun tugasan ini dibuat bersama pasangan kerja namun kami perlu belajar secara individu. Saya mencari maklumat tentang tajuk ini dan saya telah berkongsi maklumat tersebut ke nota di facebook untuk dibaca oleh pasangan kerja saya. Di samping itu juga kami dapat bertukar- tukar maklumat tentang tajuk ini. Setelah tugasan ini selesai dirumuskan mengikut kefahaman sendiri, saya telah memasukkan tajuk ini ke dalam google document. Google document boleh didapati apabila kita membuka google akaun iaitu gmail. Di bahagian atas gmail, terdapat perkataan dokumen dan apabila di klik perkataan itu , akan keluar dokumen kosong. Di dalam dokumen kosong itu , saya memasukkan nota berkaitan Sistem pengurusan pembelajaran. Kemudian saya telah berkongsi dokumen yang bertajuk Sistem Pengurusan Pembelajaran kepada pasangan kerja saya iaitu ummusulaimmohd@gmail.com dan juga pensyarah saya iaitu sitifatimahmy@gmail.com . Selepas itu, saya memuatturunkan dokumen tersebut ke dalam PDF. Tugasan seterusnya ialah kami bersetuju memilih tajuk E-learning and Mobile Learning. Saya tidak memahami apakah yang perlu dibuat walaupun di dalam proforma telah menerangkan dengan detail. Kemudian saya mengajak kawan saya yang turut tidak memahami tentang hal tersebut untuk bertanya kepada Puan Hafizah. Setelah itu, saya dapat fahami tentang tugasan tersebut. Dalam selang beberapa hari kemudian, pasangan kerja saya membeeritahu saya bahawa tajuk yang kami setuju pilih itu telah ditukar dan baru kami mengetahui bahawa tajuk tersebut Dr Siti Fatimah telah tetapkan. Bagi memastikan perkara itu adalah benar,saya segera membuka group ge1155-2011 dan melihat bahawa itu adalah benar di mana  tajuk yang saya pilih telah bertukar kepada 21st Century Skills.