happy


Thursday, 8 December 2011

Minggu 12

Pada minggu ke ini saya mempelajari tentang beberapa software membuat pembentangan dan juga terdapatnya pembentangan secara maya iaitu tanpa perlu memasukkan pendrive ke dalam komputer yang digunakan.
Salah satunya yang biasa digunakan oleh saya dalam membuat pembentangan ialah Microsoft Powerpoint. 

Kedua ialah Open Office Impress yang baru saya kenali dan ini membuatkan saya mencuba untuk menggunakannya dengan sungguh – sungguh . 
Ketiga ialah online presentation di google dokumen , di mana saya boleh kongsi presentation saya itu dengan kawan- kawan sekelas saya. 
Pada minggu ini, saya membuat dua pembentangan  iaitu tugasan 7a dan 7b .
Tugasan 7a, saya membuat pembentangan tentang tugasan 5 iaitu membuat laporan berdasarkan soal selidik yang telah di analisis melalui SPSS.
Bagi memudahkan cara untuk berkongsikan presentation saya dengan kawan – kawan sekelas, saya terlebih dahulu membuat slide tersebut di Open Office Impress. disebabkan slide presentation open office impress tidak boleh di upload ke dalam online presentation, jadi saya membuat slide di Microsoft powerpoint. 
Tugasan 7b, saya juga perlu membuat slide berdasarkan tugasan 1.
Dalam slide tersebut, kami memasukkan kepelbagaian antaranya ialah terdapat animasi yang telah diedit menggunakan GIMP, video yang dibuat menggunakan Window Movie Make,dan juga memotong lagu penuh kepada pendek untuk dimasukkan ke video menggunakan audacity.
Kemudian, saya berkongsikan dua tugasan ini ke presentation google, di mana terlebih dahulu saya perlu upload presentation yang saya buat di Microsoft powerpoint. Ini adalah langkah – langkah memasukkan slide tersebut.

No comments:

Post a Comment