happy


Wednesday, 23 November 2011

LAPORAN JURNAL KEMAHIRAN ABAD 21

Tahap Keberkesanan Kemahiran Abad 21 dalam Kalangan Pelajar IPTA

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejaumana Kemahiran Abad 21 berkesan dalam kalangan IPTA. Kajian ini dapat mengenalpasti tahap pengetahuan umum pelajar IPTA tentang Kemahiran Abad 21. Selain itu, Kajian ini juga dapat mengenalpasti tahap keberkesanan pihak sekolah , guru dan ibu bapa menerapkan Kemahiran Abad 21 terhadap pelajar IPTA. Kajian soal selidik ini terdiri daripada 20 orang pelajar IPTA dari pelbagai lapisan umur dan jantina. Oleh itu terdapat perbezaan pendapat dalam soal selidik tersebut disebabkan faktor umur dan fakuti. Kajian ini lebih menitikberatkan literasi ICT kerana ia seiring dengan perubahan zaman yang semakin maju. Kemahiran Abad 21 semakin popular dan dilaksanakan secara meluas di negara – negara maju ini wajar diberi perhatian serius oleh guru – guru di Malaysia seiring dengan aspirasi Kementerian Pelajaran untuk membantu negara melakukan transformasi ekonomi daripada berasaskan produk kepada ekonomi berasaskan k-ekonomi dengan melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran.

PENGENALAN

Teknologi yang semakin pesat dan berkembang maju telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan seharian manusia hari ini. Selari dengan hal ini, kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk menyesuaikan perubahan dan peredaran zaman ini menjadi satu tuntutan dan keperluan yang penting bagi memastikan generasi era digital ini mampu mendepani cabaran-cabaran dan permasalahan yang wujud dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, perbincangan mengenai keperluan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar semakin rancak dan mendapat perhatian daripada semua pihak. menyenaraikan empat kemahiran utama yang mesti dikuasai oleh pelajar pada abad ke-21 ini. Empat kemahiran tersebut ialah literasi era digital (digital-age Literacy), pemikiran inventif (Inventive Thinking), komunikasi efektif (effective communication), dan produktiviti tinggi (high productivity)


KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa kajian tentang Kemahiran Abad 21 yang telah diperolehi dari pelbagai bahan. Menurut kajian Shepperd, (1998) selama sembilan minggu terhadap lima belas orang pelajar kumpulan dan mendapati signifikan dari aspek kemahiran berfikir secara kritis. Mereka menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari segi pembelajaran dan keyakinan . Boaler (1997) dalam Thomas (2000) subjek kajian seramai tiga ratus orang mendapati bahawa dalam peperiksaan awam, lebih ramai pelajar di sekolah yang menggunakan kemahiran yang terkandung dalam kemahiran Abad 21 lulus dengan cemerlang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang diajar menggunakan pendidikan ICT lebih progresif, bersifat terbuka dan mampu menggunakan pengetahuan mereka dengan baik dalam pelbagai situasi , mampu menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah dan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar mereka. Bernt et al. (2005) dalam kajiannya mendapati keberkesanan Kemahiran Abad 21 dalam pengajaran memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar, memupuk rasa tanggungjawab, mewujudkan persekitaran pembelajaran berfokuskan pelajar, merentasi pelbagai bidang ilmu dalam kurikulum, meningkatkan kemahiran bekerja secara kolaboratif dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT.



PENDEKATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan pada dua minggu yang lepas , menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Borang soal selidik ini diedarkan melalui dua bahagian iaitu secara rawak dengan memberikannya terus kepada kumpulan pelajar tersebut. Manakala yang kedua , borang soal selidik diedarkan melalui laman sosial facebook dengan cara memberikan kumpulan pelajar tersebut pautan untuk mencapai borang soal selidik itu.
Sasaran kajian ini ialah kumpulan pelajar IPTA yang berbeza jantina, fakulti dan terdiri daripada pelajar UKM dan juga pelajar – pelajar dari universiti lain. Sebanyak 20 dari 50 borang soal selidik telah dianalisa. Bilangan ini merupakan 10 dari 30 peratus pelajar IPTA yang memberi maklum balas melalui borg soal selidik yang telah diberikan.



DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini diperolehi melalui analisis data melalu SPSS. Semua maklumat soal selidik di analisis dan dijadikan dalam bentuk jadual dan graf. Ini memudahkan data analisis di manipulasikan untuk mendapatkan satu laporan yang lengkap. Seramai 9 orang lelaki dan 11 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam kajian soal selidik ini. Kebanyakkan mereka ini baik pelajar lelaki dan pelajar perempuan terdiri daripada pelajar Tahun 1 , Tahun 3 dan juga PHD. Mereka ini terdiri daripada pelajar dari fakulti sains dan teknologi dan fakulti pendidikan.

Jantina

Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
lelaki
9
45.0
45.0
45.0


Perempuan
11
55.0
55.0
100.0


Total
20
100.0
100.0


Pengetahuan umum tentang Kemahiran Abad 21

Secara khususnya, soalan pertama hingga soalan ketiga adalah elemen bagi pengetahuan umum tentang Kemahiran Abad 21. Keseluruhannya , ke semua ini dibandingkan antara lelaki dan juga perempuan . Pelajar – pelajar IPTA mendengar kemahiran abad 21 pada tahun 2011 iaitu seramai 5 orang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar. Seramai 4 orang pelajar lelaki menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengetahui tentang Kemahiran Abad 21.







Keberkesanan penerapan Kemahiran Abad 21 oleh pihak sekolah dan guru

Soalan 4 hingga 9 berkaitan dengan pihak sekolah dan juga guru. Majoriti setiap soalan ini , para pelajar IPTA setuju dan sangat setuju. Seramai 8 orang pelajar perempuan setuju bahawa sekolah merupakan institusi utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Kemahiran Abad 21 berbanding 6 orang pelajar lelaki yang setuju tentang pernyataan ini. Selain itu, seramai 6 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki bersetuju dengan pernyataan bahawa kursus kemahiran ICT adalah wajib untuk diambil oleh semua guru sama ada guru novis atau guru lama manakala 2 orang pelajar lelaki tidak setuju dengan pernyataan ini.



Peranan Ibu bapa dalam menerapkan Kemahiran Abad 21
Seramai 7 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki setuju bahawa ibu bapa juga merupakan individu yang penting untuk menerapkan kemahiran abad 21 dalam diri anak- anak mereka. Manakala, seorang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki kurang setuju dengan pernyataan ini.



PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian di atas , pelajar- pelajar IPTA belum sepenuhnya mengetahui tentang Kemahiran Abad 21 . Dan juga tidak begitu memahami dengan konsep Kemahiran Abad 21 . Secara jelasnya, dapat digariskan enam kemahiran penting abad ke-21 yang mesti dikuasai oleh generasi era ini ialah tanggungjawab personal dan sosial,merancang , berfikir secara kritis , menakul dan kreatif , komunikasi interpersonal dan intrapersonal yang mantap, memahami pelbagai budaya , meramal dan membuat keputusan, menggunakan teknologi dan menentukan perkakasan atau perisian yang paling sesuai bagi sesuatu tugasan. Dan khusus kepada kemahiran ICT, terdapat kebaikan dan keburukannya apabila menggunakannya dalam pendidikan ICT yang perlu diterapkan oleh guru khususnya. Salah satu pendapat dari perbincangan yang dilakukan ialah menggunakan ICT dalam pembelajaran dapat meningkatkan produktiviti , kecekapan, dan keberkesanan dalam sesuatu sistem pembelajaran. Selain itu, ia membuka minda dan mengajar seseorang pelajar itu menggunakan ICT. Pencarian maklumat tentang sesuatu subjek itu juga menjadi lebih mudah , maklumat yang di perolehi juga tidak terikat dengan buku teks , lebih efisien dan menarik dan meningkatkan pencapaian pelajar dengan membuat latihan dalam internet. Keburukan pendidikan ICT pula ialah boleh melekakan pelajar- pelajar terutama yang mendapat notebook percuma kerana terdapat games yang mereka peroleh dan ini menyebabkan mereka menyalahgunakan kemudahan itu. Di samping itu, kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana hanya duduk bermain komputer.

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Hasil kajian telah membuktikan tahap keberkesanan Kemahiran Abad 21 dalam kalangan pelajar IPTA belum lagi didedahkan atau diambil berat sepenuhnya dalam pendidikan. Terdapat beberapa sekolah sahaja yang menyediakan subjek berkaitan pendidikan ICT. Semoga kajian ini dapat memberi banyak pendedahan kepada pelajar dan masyarakat tentang Kemahiran Abad 21 yang amat penting berikutan perubahan zaman yang semakin moden. Pihak yang berkenaan perlu menekankan pembelajaran pelajar yang melibatkan aspek pengalaman sendiri untuk membina konsep dan pemahaman yang lebih baik terhadap kandungan pelajaran. Selain itu penglibatan secara aktif dalam aktiviti dan tugasan yang dikaitkan dengan kemahiran dalam kehidupan pelajar seharian adalah lebih bermakna dan tulen. Minat yang tinggi dan mendalam dalam kalangan pelajar mampu menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan, menyeronokkan, lebih fleksibel dan mencabar. Pengintegrasian ICT dalam juga menjadikan Kemahiran Abad 21 ini adalah satu pendekatan kontemporari yang menepati kehendak dan minat pelajar. Secara tidak langsung, aspek afektif pelajar juga dapat diberi perhatian oleh guru-guru. Bagi mata pelajaran yang selama ini terlalu berfokus kepada pengajaran dalam kelas seperti mata pelajaran bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan sebagainya,dapat ditukar kepada alternatif yang bijak kerana para guru bukan sahaja mengintegrasikan ICT tetapi juga aspek kemahiran abad ke-21.

Wednesday, 16 November 2011

Minggu Ke_7 dan Ke_8

Minggu ini saya mempelajari perkara baru iaitu tentang analisis data soal selidik menggunakan SPSS ( Statistical Package for Social Science ). Saya mempelajari penggunaan SPSS terlebih dahulu bagi memastikan segala kerja berjalan lancar. Saya mendapatkan software SPPS dari pembantu makmal di Fakulti Pendidikan . Beberapa langkah diperlukan bagi mendapatkan jadual dan graf berdasarkan data soal selidik. Ini merupakan muka depan SPSS dan boleh di sebut sebagai PASW Statistics. Terlebih dahulu saya mempelajarinya dengan membuka beberapa laman web bagi mengakses ini. Antaranya ialah:

http://my.ilstu.edu/~mshesso/SPSS/tutorial.html




Dan ini merupakan muka utama SPSS yang saya guna untuk analisa data soal selidik.


Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menyelaraskan variable untuk setiap column.


Ini ialah antara variable- variable yang terdapat dalam SPSS yang perlu diisi dengan data- data tertentu.


Langkah kedua ialah klik pada variable view , bagi mengisi dan menetapkan bahagian- bahagian tertentu.






Di bahagian variable view, saya memasukkan nombor ID , jantina, umur , kaum , tahun pengajian, fakulti , jenis penempatan, dan soalan 1 hingga soalan 10. Dan setiap soalan itu dikira dalam bentuk nominal dan juga ordinal. Nominal ialah nombor mewakili data taraf nominal boleh digunakan hanya untuk pengelasan dan kategori.  Nombor pengenalan kakitangan adalah sebagai contoh data nominal.  Nombor yang digunakan hanyalah untuk membezakan kakitangan dan bukanlah untuk memberikan pernyataan nilai terhadap mereka Lain-lain data demografi seperti bangsa, jantina, tempat tinggal dan lain-lain merupakan data bertaraf nominal. Pertama, Nombor ID di set dalam jadual ini yang boleh didapati bagi setiap soalan soal selidik, Kedua, jantina yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang diperolehi hasil dari soal selidik itu. Ketiga, umur para pesetrta soal selidik yang beumur dari 18 tahun hingga 50 tahun dan mereka belajar berada di antara pelajar Tahun 1 hingga ke peringkat PHD. Saya menggunakan label untuk mengenalpasti jawapan soal selidik dengan label '0' hingga label '5'. 


Langkah empat, setelah selesai menetapkan variable , saya mengklik data view bagi memasukkan data soal selidik itu.. Bermula dari jantina hingga ke soalan 10.



Bagi memudahkan cara mengisi data - data soal selidik itu, saya klik ke value labels dan apabila saya mengisi maklumat soal selidik,saya tidak perlu menaip tetapi hanya tekan dibahagian jawapan tersebut kerana akan keluar senarai jawapan bagi sesuatu soalan itu.




Langkah kelima ialah saya akan menjadi data - data soal selidik ini kepada graf dan juga jadual. Saya klik pada descriptive statistics dan kemudian klik ke frequencies. Seterusnya ia akan ditetapkan menjadi dalama bentuk statistic. Oleh itu, jadual dan graf akan dapat di perolehi untuk membuat laporan.




Selain itu, terdapat jug teknik kedua untuk menjadikan data - data itu kepada graf dan teknik menggabungkan antara soalan dan juga demografi. Dan saya menggabungkan antara jantina dan juga soalan. 



Dan ini merupakan hasil graf yang saya perolehi dari data - data yang saya lakukan.



Apabila sudah mendapatkan jadual dan graf yang sesuai, saya memulakan langkah membuat laporan jurnal.

Format laporan jurnal ialah tajuk, abstrak, pengenalan, kajian lepas , pendekatan kajian , dapatan kajian , perbincangan dan cadangan dan kesimpulan.





 Disamping menyiapkan laporan jurnal, saya membuat kajian qualitative dengan memberikan satu tema perbincangan yang berkaitan Kemahiran Abad 21 di mana isu yang diketengahkan adalah berkaitan pendidikan ICT. Dan perbincangan ini dicadangkan selepas saya berbincang dengan pasangan kerja saya.



Saya menggunakan sedikit sebanyak perbincangan tentang Kemahiran Abad 21 ini ke dalam laporan jurnal saya itu. Ini kerana setiap pendapat yang diberikan oleh seseorang individu itu sangat berguna,